Thursday, May 15, 2008

Pisang kapal a.k.a. pisang bunga

Alhamdulillah, mcm2 ilmu alam saya dapat dari Al-Falaah. Ummu cerita fasal pisang kapal a.k.a. pisang bunga.

Pisang kapal a.k.a. pisang bunga

Ini rupanya pokok pisang kapal yg sedang berbuah, ehsan dari Ummu Waheeda. Gambar ini diambil olehnya di Felda Bukit Tajau, Pahang. Menurut cerita ummu, orang tua-tua menamakan pisang ini sebagai 'pisang kapal' kerana ia biasa di tanam atas kapal semasa pelayaran ke Mekah. Orang dulu-dulu kan pergi Mekah naik kapal laut... Dulu belayar ambil masa lebih sebulan, kalau tak silap, baru sampai. Bila balik dari Mekah, pisang dah berbuah. Pokok pisang ni tidaklah tinggi. Tingginya sekitar 6 kaki sahaja, tapi buahnya banyak hampir 12 sisir setandan. Saiz tandannya sahaja sepanjang lebih kurang 3 kaki atau lebih. Pisang ini enak dimakan begitu sahaja seperti pisang berangan, rastali, embun, emas dan kapas. Boleh juga dibuat chokodok tapi tak pernah pula orang buat goreng. Cara pembiakan, setelah buahnya masak, bolehlah anaknya diambil. Petua orang tua2, kalau pokok pisang tengah berbuah jangan ambil anaknya, nanti tak berbuah pisang tu... (patutlah ada pisang yg 'mandul' mungkin tak ikut petua ini)

Saya pernah jumpa pisang ini di Pasar Tani Sec13, di gerai jual sayur. Penjual kata pisang ini dibuat masak gulai (disebut pisang bunga jugalah).

No comments: