Wednesday, July 30, 2008

Selamat Hari Lahir – Masa untuk muhasabah usia

Salamun'alaik,

‘HAPPY birthday to you’ adalah lagu yang paling popular di dunia. Ia dinyanyikan sempena hari lahir. Bertepuk tanganlah hadirin, sebaik selesai yang diraikan meniupkan lilin. Kembang mengepak hidung peniup lilin, maklumlah ramai yang ingat hari lahirnya. Seingat saya, sewaktu saya kecik-kecik dulu, hari lahir saya tidak disambut oleh sesiapapun, mak dan ayah tidak membiasakan kami adik-beradik menyambut hari lahir. Bila dah besar, tinggal pula di asrama, kawan-kawan meraikan hari lahir kami masing-masing. Dari situlah bermulanya sejarah saya menyambut hari lahir.

Kenapa kita sambut tarikh lahir? Ada banyak sebab dan rahsia tentunya, kalau tidak takkan ia boleh menjadi sebab bermasam muka apabila tidak diraikan atau tidak dipedulikan tarikh keramat itu. Sebab itulah orang suka buat kejutan supaya lebih menarik. Moga giliran kita pun dibuat kejutan juga. Ada ubi ada batas, ada hari patut kamu balas!

Sebenarnya, sambutan hari lahir sangat penting. Pentingnya bukan kerana majlis hari lahir dengan kuih, pizza dan kek tetapi sangat penting kerana ia mengingatkan kita bahawa umur kita semakin meningkat. Makin meningkat maknanya makin banyak umur. Makin banyak umur, semakin banyaklah lilin dinyalakan atas kek harijadi. Habis tertutup dekorasi kek, maklum, lilin yang mewakili umur terlalu banyak. Muahahaha… seronoknya tengok lilin menyala…. Eh! Eh! Ke situ pulak…. Tapi jangan lupa, sebenarnya, makin banyak umur ertinya makin kurang umur. Makin kurang umur sama juga dengan erti makin dekat dengan mati! Huh hu.....

Bercakap fasal mati, kalau kita ingat mati, kita jadi takut. Kalau kita ingat seksaan api neraka Allah, kitapun akan jadi takut. Ada orang kata tak ada seksa kubur. Betul ke? Pedulilah apa mereka nak kata. Yang saya tahu, seksa kubur memang ada. Semak balik hadis di bawah.

Kisah 1

Ibnu Abbas menceritakan Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang diseksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah SAW, “Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya, “Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.” Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah. Seseorang pun bertanya, “Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?” Jawab baginda, “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.” (hadis riwayat Bukhari).

Kisah 2

Hah, ini lagi satu hadis tentang seksa kubur itu benar. Dari Abu Ayyub r.a katanya: “Rasulullah SAW pernah keluar rumah sebelum Maghrib, maka terdengar oleh baginda suatu suara. Kata baginda: Itu suara Yahudi sedang disiksa dalam kuburnya.” (hadis riwayat Muslim)

Kisah 3

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila si mati dikuburkan, datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama ‘Munkar’ dan yang satu lagi disebut dengan nama ‘Nakir’, (lalu keduanya mendudukkan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya. “Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad SAW)?” (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud: Mereka bertanya kepadanya: “Apa yang engkau pernah sembah?” Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata, “Aku menyembah Allah!” Kemudian ia ditanya lagi: “Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad SAW)?” (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: “Siapa Tuhanmu?” Ia menjawab: “Tuhanku ialah Allah!” Mereka bertanya lagi: “Apa agama mu?” Ia menjawab: “Agamaku ialah Islam!” Mereka bertanya lagi: “Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?” Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: “Orang itu (Muhammad SAW) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!” Mereka berkata kepadanya: “Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian”; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda SAW bersabda: Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga.” Rasulullah SAW bersabda lagi: Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: “Tidurlah!” Lalu ia berkata: “Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?” Dua Malaikat itu berkata kepadanya: “Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya.” Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seorang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: “Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak.” Lalu dua Malaikat itu berkata: “Memang kami tahu engkau berkata demikian.”; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka.” Rasulullah SAW bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya.” (hadis riwayat Abu Hurairah)

Hah! Siapa kata tak ada seksa kubur? Kenapa, masih tak percaya ke? (ikut intonasi Yu-han, kalau masih ingat) Ops…… jangan ada pula yang komen, “Alaaa… kubur masing-masing. Apa fasal kamu sibuk-sibuk?” Eh! Eh! Boleh gitu? Hello, excuse me! Siapa kata kubur masing-masing? Ada ke orang mati tanam sendiri? Kamu lupakah? Yang masih hidup inilah yang kena ambil pusing hal-ehwal kamu bila kamu sudah mati!

Selamat hari jadi, semoga panjang umur. Selalu kita dengar ungkapan ini, sekurang-kurangnya setahun sekali, dan selebihnya mungkin kita sendiri yang mengucapkannya. Perasan tak? Sebenarnya tak berapa betul ungkapan tu. Tak terasa, ke? Hari-hari kita makin dekat dengan kubur. Bagi mereka yang rumahnya jauh dari kubur, mungkin tak terasa sangat. Sebab apa? Sebab mereka tak nampak, jadi perasaan takut itu mungkin tak wujud. Bila ternampak kubur atau batu nesan, baru tersedar. Itupun kalau tersedar..… Bagi saya yang tiap-tiap pagi dan tiap-tiap petang melalui tanah perkuburan, sangat-sangat terasa. Siapa yang tak kenal kubur boleh jengok yahoogroups al-Falaah ada gambar kubur menanti untuk pengunjung. Baguslah bagi yang mengingati mati. Orang yang takut mati, akan mati. Yang berani mati, pun akan mati. Yang tak nak mati, pun akan mati juga.

Tidak salah bergembira dengan majlis itu tetapi sepatutnya tarikh itu dijadikan peluang untuk bermuhasabah umur bertambah, duit bertambah, anak bertambah, semua bertambah tetapi sudahkah amal soleh bertambah? Bagaimana dengan solat? Makin khusyuk atau masih melayang? Solat lama-lama yang ditinggal dulu sudah diganti (qada) atau belum? Hutang puasa macam mana, zakat sudah dilangsaikan semua? Dah berapa kali khatam Al-Quran? Hutang dengan Allah, tanggungjawab sebagai suami, isteri, dengan ibu ayah, dengan anak-anak pula seperti dulu atau makin bertambah kualiti dalam serba-serbinya?

Di sebalik sambutan hari lahir pengajaran yang sangat penting ialah betapa sangat berharganya masa dan kehidupan. Ada orang kata 'masa itu emas'. Ungkapan ini tidak tepat sebab hilang emas boleh dicari dan diganti tetapi apabila masa yang hilang tiada galang gantinya. Masa itu adalah kehidupan. Sesiapa yang membuang masa sebenarnya sedang membunuh kehidupannya sendiri. Hidup tidak berhenti seperti air sungai terus mengalir. Dalam berusaha, jangan berhenti untuk mencari bekalan dan mengumpul tenaga demi meneruskan perjuangan.

Firman Allah yang bermaksud, “Demi masa, (Allah bersumpah) sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah Al 'Ashr 103, ayat 1~3)

KERUGIAN yang dimaksudkan dalam ayat yang tersebut dalam ayat ini bermakna hilang modal, dan modal seseorang itu ialah umurnya. Dengan ini nyatalah bahawa manusia tidak terlepas daripada kerugian, kerana tiap-tiap satu detik yang berlalu dari usianya, kalau ia digunakan pada maksiat, maka tidak syak berlakulah kerugian. Dan kalau dihabiskan dengan perkara harus pun , maka itu kerugian juga, kerana habisnya tidak meninggalkan sebarang faedah yang dapat menolong bila dia MATI kelak. Bagi mengelakkan kerugian itu tidak ada jalan lain melainkan dengan jalan yang telah diterangkan pada ayat berikutnya (ayat yang ketiga) iaitu dengan menyempurnakan segala yang tersebut sebagaimana yang sewajibnya dan yang sewajarnya.

“Nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran” meliputi aqidah keimanan, tutur kata dan amal perbuatan. Sementara kesabaran yang dimaksudkan ialah bersabar dalam menjalankan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya serta bersabar ketika ditimpa musibah atau bala bencana kerana yang demikian sebagai ujian daripada Allah.

Dari ibnu Abbas r.a., Rasulullah saw mengingatkan dengan sabdanya, “Pergunakan lima perkara (waktu/masa) sebelum datang lima perkara yang lain. Pergunakan hidupmu sebelum datang matimu, sihatmu sebelum datang sakitmu, waktu lapang sebelum datang kesibukan, mudamu sebelum datang tuamu, dan kayamu sebelum datang miskinmu.” (hadis riwayat al-baihaqi)

Orang mukmin seperti semut, kata pepatah Arab. Kenapa orang mukmin itu dibandingkan dengan semut? Semut dalam bahasa Arab 'an-namlah'. Makna 'an-namlah' ialah bergerak. Semut akan bergerak saja, tidak pernah tengok semut tertidur. Kita pun mesti bergerak, akal bergerak namanya berfikir, darah mengalir ertinya sihat, mata memandang ertinya merenung dan mengkaji, jangan berhenti. Telinga mendengar maknanya prihatin dengan diri dan keluarga, anak-anak dan sekitar, termasuk juga sekitar antarabangsa dunia Islam.

Hari lahir juga mengajar erti persiapan kepada mati. Mati ini pelik bagi kita tetapi di sisi Allah tidak pelik. Ada orang itu masih remaja, sihat tetapi tiba-tiba boleh mati. Pelik tetapi bagi Allah biasa saja. Jadi, kita yang tidak tahu bila akan mati ketika sambut 'birthday' ketika umur makin susut lebih bersedia untuk 'hari esok'.

Tetapi kita buat tidak kisah saja pasal mati. Pernah kita dengar ada yang kena strok sebab terkejut dengan kebakaran, kalah bola dan sebagainya? Pernah kita dengar ada orang yang kena strok kerana teringat dosa yang membawa ke neraka? Kita sanggup berjaga malam untuk menonton bola sepak atau gusti, tetapi pernahkah kita bersengkang mata demi bermunajat kepada Allah?

Setiap malam Mama Teresa hanya tidur empat jam. Ketika ditanya kenapa kurang tidur? Dia menjawab 'setelah mati nanti yang kita lakukan ialah tidur', walaupun dia bukan seorang Muslimah. Mengapa kita yang tahu ada alam kubur, neraka syurga, ada timbangan, ada titian sirat, selalu menghiasi mata dengan tidur.

Bukan tidak boleh ketawa dan gembira ketika menyambut 'birthday'. Boleh, tetapi jangan sampai terlupa dosa yang sudah kita calari dan kotori. Marilah kita bergembira dengan umur yang bertambah seiring dengan itu amal pun turut bertambah supaya bahagia di dunia dan selamat daripada api neraka.

Selamat hari lahir supaya lahirkan jiwa yang baru dengan cita-cita dan cinta!

Sekadar menanjangkan peringatan untuk diri saya sendiri dan juga teman-teman yang lain.

Fikir-fikirkanlah.


Friday, July 25, 2008

UnLoCk

Alhamdulillah.....

Yahoo!!! Blog back to normal.

Wednesday, July 23, 2008

Monday, July 14, 2008

Bengang... bengang... bengang...



Since last week, I sound something was not right with my blog... I was told that the blog has been locked due to possible Blogger violations. They said I may not publish new posts until my blog is reviewed and unlocked.


Yang paling sakit hati, they said the blog will be deleted within 20 days unless you request a review. I have requested them to review, but until date, nothing happened and am still unable to make new entry.

Bengang... bengang... bengang...

Friday, July 11, 2008

Mufin cip coklat


MUFIN menjadi kesukaan ramai kerana ia boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa masing-masing. Ia juga mudah dihidangkan, tidak seperti kek biasa yang perlu dipotong terlebih dahulu. Jadi, mufin sangat popular sebagai sajian di meja bufet atau ketika berkelah.

Ada dua cara menyediakan mufin. Ini akan menentukan sama ada ia gebu dan lembut seperti kek atau keras dan sedikit berderai. Boleh dikatakan mufin yang bertekstur agak keras adalah kombinasi kek dan roti. Membuatnya juga adalah lebih mudah daripada mufin yang rasanya seperti kek.

Bila tekstur mufin lebih menyerupai kek, langkah pertama adalah memutar telur dengan mentega atau marjerin hingga gebu. Kemudian baru masukkan sebiji demi sebiji telur diikuti bahan kering yang lain. Cecair yang selalu digunakan ialah susu, jus buah-buahan atau dadih. Kaedah membuatnya tidak jauh beza dengan pembuatan kek.

Sementara mufin bertekstur agak keras pula hanya perlu dikacau dengan senduk kayu. Tidak perlu sehingga terlalu halus atau kembang. Langkah yang pertama adalah ayak bahan-bahan kering seperti tepung, serbuk penaik dan soda penaik. Dalam mangkuk kecil, satukan pula bahan-bahan seperti telur, cecair dan mentega (cair) atau minyak.

Kemudian anda hanya perlu campurkan kedua-dua bahagian. Masukkan juga hirisan epal atau buah-buahan lain dan coklat cip atau kekacang seperti gajus, badam, walnut dan lain-lain. Jadi, semuanya terpulang pada kreativiti masing-masing.

Sebaik-baiknya, gunakan mangkuk kertas khas untuk mufin. Atau gunakan mangkuk yang khusus untuk kek cawan. Mangkuk yang sudah dikeraskan tidak perlu dimasukkan ke dalam tin patty. Tin seperti ini mempunyai beberapa buah 'lubang' dan sesuai untuk saiz tertentu mangkuk kertas kek tersebut.

Bila membakar mufin di dalamnya, bentuknya akan kekal. Jika anda tidak mempunyai tin patty, boleh gunakan 2 atau 3 lapisan mangkuk kertas kek kerana ia lebih kuat dan tidak akan berubah bentuk bila adunan dibakar di dalamnya. Saranan saya ialah, jika anda kerap membuat mufin, ada baiknya anda membeli tin patty kerana ia memang mudah digunakan.

Setiap kali memasukkan adunan ke dalam mangkuk, pastikan ia ¾ penuh. Jika terlalu sedikit, mufin tidak akan mengembang dengan cantik dan sempurna. Inilah identiti mufin yang berbeza dengan kek biasa. Ada juga jenis mufin yang merekah dan bahagian atasnya berbentuk seperti cendawan.

Anda boleh mempelbagaikan mufin mengikut selera. Daripada resipi asas, anda boleh campurkan pisang yang dilecek halus. Anda juga boleh menambah oat atau wheatgerm supaya kandungan serat di dalam mufin meningkat. Serat penting untuk memudahkan penghadaman kita. Aprikot kering juga adalah sajian yang mengandungi paling banyak vitamin dan garam galian.

Kebelakangan ini, ramai orang keliru dengan soda penaik dan serbuk penaik. Untuk makluman anda, soda penaik juga dikenali dengan soda bikarbonat. Manakala serbuk penaik adalah baking powder. Serbuk penaik sangat penting untuk memastikan kek kembang dan gebu. Ia telah ditambah dalam tepung naik sendiri.

Soda penaik pula dicampurkan sekali terutama di dalam adunan kek yang mempunyai kandungan cecair yang tinggi, seperti mufin dan sesetengah kek lembap yang juga dikenali sebagai gateau. Untuk mendapatkan mufin yang harum baunya, masukkan vanila sejurus sebelum meletakkan adunan ke dalam acuan mufin.

Anda juga boleh tambah serbuk kayu manis atau serbuk buah pala. Bagi yang tidak suka manis, kurang gula sehingga 1 atau 2 camca besar. Tambahkan sukatan tepung gandum. Campurkan parutan keju Cheddar dan herba kering Itali seperti oregano, rosemary dan lain-lain.

Anda pasti menyukai mufin yang saya kongsi di sini kerana ia bukan saja mudah dibuat tetapi juga rendah lemak kerana tidak menggunakan mentega dan hanya sebiji telur.



Tuesday, July 1, 2008

Sketsa suatu petang - burung apa?

DANiA - 2yrs 3mths

Ayah: Buah apa?

Dania: Buah epal.

Ayah: Air apa?

Dania: Air kosong.

Ayah: Roti apa?

Dania: Roti boy.


Mama: Burung apa?

Dania: Burung Ak! Ak!


Muahahaha... Adik ni kelakor ler!


The innocent look.