Selama ini lambuk yg saya kenal adalah sejenis pokok yang sebiji macam pokok keladi. Batang lambuk ini kena buang kulitnya dulu, rendam/basuh dengan air. Biasanya dibuat ulam, cicah pulak dengan tempoyak masak. Kalau orang tak tahu, dia ingat kita makan pelepah pisang cicah tempoyak. Buruk benar org Perak, ya... duduknya di Parit, makan pulak pelepah pisang! Heh heh...
Ok, ni sedikit info yang dikirimkan ummu. Semoga ada manafaatnya.
Famili: Araceae
Nama Lain: Lambuk
Kemumu atau Lambuk adalah sayuran tradisional dan digemari penduduk desa. Pelepah atau petiolnya yang masih muda menjadi ramuan dalam masakan ikan seperti asam pedas, tempoyak dan resipi masakan tradisional. Cara memasaknya hampir sama dengan sayur keladi (Colocasia esculenta). Tidak banyak diketahui mengenai khasiat makanan sayuran ini bagaimanapun sering disebut dalam pantun:
Kemumu tidak Keladi pun tidak,
Kelopak seperti ranting Ketapang;
Ilmu tidak budi pun tidak,
Lonjak seperti kambing tempang
Sayuran ini berasal dari Indo-Malaysia dan herba berumpun setinggi 1 hingga 2 meter. Batangnya pendek dan tegak dari permukaan tanah. Pada satu rumpun ada beberapa daun yang mempunyai petiol atau pelepah daun sepanjang 60 hingga 90 sm. Lai daunnya berbentuk orbikular atau ovat-kordat, pelbagai saiz sehingga 2 meter panjang dan tepi daun undulat, berwarna hijau muda dan permukaan bawah daun pula kadangkala glaukus. Infloresen tumbuh pada aksil pelepah dan mempunyai batang 15 hingga 30 sm panjang. Seludang berukuran 12 sm panjang. Bahagian bawahnya berwarna hijau dan bahagian atas yang berbentuk seperti sampan berwarna putih. Spadiksnya berwarna putih atau kekuningan.
Lambuk mudah dibiakkan dengan mengambil anak yang mudah didapati di pangkalnya. Anak ini ditanam terus ke tempat yang lembap dan teduh sedikit seperti di bawah pokok. Herba ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi.
No comments:
Post a Comment